Kelas Asas Ict Microsoft Excel
19 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 & 18 Mac 2018, seramai 10 orang pelajar menghadiri Kelas Asas ICT Microsoft Excel di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat sehingga 12.00 tengah hari. Mereka diberi penerangan secara ringkas mengenai fungsi dan kegunaan Microsoft Excel.
Untuk pengenalan, mereka belajar cara membuat jadual menggunakan Microsoft Excel. Selepas itu, mereka dikehendaki mengira jumlah harga yang terdapat di dalam jadual mengunakan formula AutoSUM. Seterusnya, mereka belajar menukarkan jadual di dalam data dipersembahkan kepada bentuk graf mengikut kesesuaian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: